Saturday, September 17, 2011

HOMESTAY / GUESTHOUSE DI MENGABANG TELIPOT

Rumah Tamu ini dinamakan sebagai Abah-Ma Guesthouse sempena panggilan untuk abah dan juga untuk mak iaitu abah dan ma. Rumah ini terletak di Lot 16614, Kampung Gong Sekolah, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu iaitu kira-kira 1km dari pantai Mengabang Telipot, 3km dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), 3.5km dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan lebih kurang 25km dari pekan Kuala Terengganu iaitu Pusat Bandar bagi Negeri Terengganu.

Pantai Mengabang Telipot antara tempat yang mendapat kunjungan orang ramai kerana kerana terdapat hidangan minum petang yang popular di sini iaitu Sotong Celup Tepung dan juga Ikan Celup Tepung.

Rumah Tamu ini merupakan sebuah rumah banglo yang mempunyai 3 buah bilik dan 2 buah bilik air sebagaimana berikut :

Bilik
i) Bilik Utama - 12'X12' 1 Katil Queen, Bilik Air (RM70)
ii) Bilik Kedua - 12'X10' 1 Katil Queen (RM60)
iii) Bilik Ketiga - 12'X10' 2 Katil Single (RM50)

Harga untuk sebuah rumah ialah RM150.00

Kemudahan Yang Disediakan
-Set Sofa
-Set meja makan
-TV
-Pinggan mangkuk, set gelas, set cawan, jug air
-Seterika
-Peti Ais
-Lain-lain Keperluan Asas mengikut permintaan pelanggan

Construction in progress...